4.6.14

5

DRAMA : Kerana Terpaksa Aku Relakan

Oh, yeah....
YES I'M...
Aku adalah peminat drama2 melayu...
Hahahaha...."mesti jiwang karat hati minah nie...."
x kesahlah nak kate ape pon....
tp xdelah sume drama kat Slot Akasia TV3 nie aku minat...
tgk jalan cite dan pelakon jugaklah...

dan sebab lain yg paling KUKUH jugak....
UMAH AKU XDE ASTRO
so TV3 dan TV9 je aku layan....

kat slot akasia skrg, drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
seyes aku layan cite nie skrg....laki aku pon layan
best jugak....


PELAKON & NAMA WATAK
Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda -  Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspector Aryan
Ika Nabella - Hasma
Nadia Aqilah Bajuri - Zawati

JUDUL : Kerana Terpaksa Aku Relakan
TARIKH : Mulai 21 Mei 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syafiq Kyle, Aleza Shadan, Iqram Dinzly, 
Ika Nabella, Nadia Aqilah Bajuri

OST / Lagu Tema #KTAR 
Judul : Patah
Artis : Pompa Bensin

Sinopsis

Kerana Terpaksa Aku Relakan mengisahkan angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina (Izreen Azminda) musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.


Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin (Amar Baharin), si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin (Syafiq Kyle) juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” 
– Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” 
– Tajul Razin

Adakah Tajul Razin akan disatukan dengan Indah Halina? Atau pun Indah Halina akan dijodohkan dengan Tajul Fahin? Bagaimana pula dengan nasib emak dan kakak tirinya yang jahat itu? Adakah suatu hari nanti mereka akan dipertemukan dengan Indah Halina semula? Saksikan segalanya dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Awal2 nie aku rs seronoklah tgk....
xtaulah dah tibe bab klimaks nnti cmne...
sbb 1 perangai aku bile tgk drama melayu...
xleh nak tgk slot2 genting tue...
klu leh nak tgk slot yg romantik2 dan bahagia2 je...
Hahahahaha...bengong...

ok....bye~

lots of love ♥ byekinjamal
thanks for reading!
PERHATIAN :
Sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali.

5 comments:

  1. layan jugak..hahha..geram kat akak dia tu

    ReplyDelete
  2. kite pon layan cite ni, tp kat tonton je lah, hehe~
    excited nak tunggu part dorang dah jatuh cinta nanti :)

    ReplyDelete
  3. Layan jugak cite ni..hehe
    setelah sekian lama x layan drama tv3..^^

    ReplyDelete
  4. saya belum sempat lagi nak tengok..tapi memang ramai yang cakap cerita ni best..

    ReplyDelete
  5. Umah julia pun xd astro tau...mmg kami laki bini jarang tgk tv pun hehehhe

    ReplyDelete