19.3.14

3

CIRI-CIRI KANAK-KANAK 2 TAHUN YANG SIHAT

my little girl 
hampir 1 tahun 9 bulan
kejap je ms berlalu

EMOSI & SIKAP SOSIAL
- mencuba meniru orang lain, terutama ibu bapa dan rakan sebaya nya.
- Gembira apabila berada dalam kelompok bayi lain
- lebih berdikari
- mungkin menunjukkan sikap melawan, misalnya melakukan perkara yang dilarang ibu bapa
- bermain dan mula mengajak kanak-kanak lain bermain bersama.

KOMUNIKASI
- menunjuk benda atau gambar apabila nama benda itu disebut
- tahu nama orang-orang yang dikenali nya dan tahu nama-nama bahagian tubuh
- menyebut 2 atau 4 sukukata
- mengikuti arahan yang sederhana atau ringkas
- mengulang perkataan yang didengari
- menunjuk perkara2 menarik yang ada dalam buku.

KOGNITIF
- mudah menemui benda yang disembunyikan
- Boleh mengasingkan benda mengikut warna dan bentuk
- mengingati ayat2 pendek yang  biasa didengari
- suka berkhayal misalnya tentang superhero komik atau puteri dari kisah dongeng
- Pandai membina menara dari blok atau apa sahaja dari mainan nya.
- kerap menggunakan salah satu tangan nya.
- mula boleh menerima arahan yangpanjang contohnya "buang sampah di dalam tong sampah"
- dapat menamakan benda yang ada di dalam buku bergambar.

GERAK TUBUH
- boleh berjingkit..
- boleh menendang dan melempar bola;
- boleh berlari
- dapat naik dan turun tangga sambil memengang tangan atau berpaut
- dapat menggambarlan  garis lurus dan bulatan

SUMBER : here & cdc.gov

lots of love ♥ byekinjamal
thanks for reading!
PERHATIAN :
Sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali.

3 comments:

  1. Seronoknya baca ttg perihal anak umur bawah 2 thn kan ekin...mcm2 diorang belajar...comel mama amik gambar zara...

    ReplyDelete
  2. walaupun anak saya dah berumur 2 tahun, tapi tak semua yang dia dah capai...apa2pon, berserah pada Allah sebab segalanya Dia yang tentukan...^_^

    ReplyDelete