8.1.14

6

Wordless Wednesday : MOTIVASI DIRI




Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)

Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. 

(Dr. Shukri Abdullah)
 
Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah.
(Dr. Shukri Abdullah) 
 
Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. 

(Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda.

(Dr. Shukri Abdullah)
 
RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. 

(Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). 
(J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh.

(Dr. Shukri Abdullah)
 
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf) 


Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)

Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)

Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)

Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)

sumber : zuperi34.blogspot.com
lots of love ♥ byekinjamal
thanks for reading!
PERHATIAN :
Sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali.

6 comments:

  1. lama tak dengar khabar ekin n zara...hopefully semuanya baik2 je k....

    ReplyDelete
  2. Sangat-sangat bermotivasi....sungguh....sungguh ia sangat membangkitkan semangat utk terus muhasabah diri....semua kata2 diatas penyumbang kepada kehidupan lebih sejahtera...

    Ekin...miss u dear.
    I mean it... :D

    ReplyDelete
  3. lama menyepi.. kemanakah?
    rindu nk bce entry ekyn..

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing =)
    happy new year ekin

    ReplyDelete
  5. suka sangat semua ni....!!! pemberi dan pembakar semangat... :)

    gud luck ekin...

    ReplyDelete
  6. http://blurplediary.blogspot.com/

    happy new year ekin, bagus kata-kata semangat ni supaya kita lebih bermotivasi kan :)

    ReplyDelete