24.12.13

Cara melegakan pedih ulu hati ketika hamil


xde ape nak update hr nie...
jd nak share skit pasal pedih ulu hati ketika hamil..

Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan lebih lagi kepada yang buat pertama kalinya semasa hamil, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketercenaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh melaksanakan untuk menjamin tempoh kehamilan yang baik tanpa pedih ulu hati. Antaranya dengan mengelakkan makan di tengah malam, makan dengan hidangan yang lebih sedikit, yang lebih lite dan lebih berkhasiat. Selain itu adalah dengan bantuan daripada Gaviscon.

Berdasarkan penyelidikan di United Kingdom seramai 144 wanita hamil berumur lingkungan 18 - 40 tahun dirawat dengan dos 10-20 ml dan maksimum untuk 80 ml Gaviscon selama 4 minggu. Hasilnya 68% berasa lega setelah 10 minit mengambil Gaviscon cecair. Dan 91% berasa lega dalam masa 20 minit setelah mengambil Gaviscon.

Hasil keberkesanan mengambil Gaviscon pada waktu siang bagi ibu-ibu yang mengalami simptom pedih ulu hati yang teruk adalah menurun sebanyak 7% dan bagi kes yang teruk jika diambil pada waktu malam adalah menurun sebanyak 15%.


Keseluruhannya keberkesanan rawatan mengambil Gaviscon bagi menentang pedih ulu hati adalah sebanyak 91% bagi setiap kes.


ini adalah infografik yang disediakan oleh Gaviscon utk wanita-wanita hamil.
Maklumat lebih lanjut, boleh pergi ke website GAVISCON.

Terima kasih.
lots of love ♥ byekinjamal
thanks for reading!
PERHATIAN :
Sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali.