1.8.13

3

TAWARAN KEKOSONGAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI MATRADE



Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE merupakan agensi promosi eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan tinggi serta boleh menyumabang ke arah kecemerlangan, untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan ini:

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Kadar Upah : RM100.00/sehari
Tempoh Perkhidmatan  : 6 bulan sahaja
Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab membantu menganalisa trend industri dan pasaran serta membantu menguruskan aktiviti-aktiviti promosi eksport yang telah ditetapkan oleh MATRADE serta lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.
Syarat-syarat : Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal disekitar Lembah Klang.

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian
Kelayakan : Diploma/ STPM
Kadar Upah : RM72.00/sehari
Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan sahaja
Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab membantu menguruskan aktiviti-aktiviti promosi eksport yang telah ditetapkan oleh MATRADE serta lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.
Syarat-syarat : Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal disekitar Lembah Klang.

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian
Kelayakan : SPM 
Kadar Upah : RM54.00/sehari

Tempoh Perkhidmatan  : 6 bulan sahaja
Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas MATRADE seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/ dokumen, pengiraan serta lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.
Syarat-syarat : Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berkebolehan mengandalikan komputer dan calon-calon yang tinggal disekitar Lembah Klang. 

3.    Sehubungan dengan itu, semua permohonan hendaklah menghantar maklumat peribadi(resume)yang lengkap beserta dengan gambar yang terkini melalui emel hafidzuddin@matrade.gov.my pada/ sebelum 16 Ogos 2013 (Jumaat). 

Sekian, untuk makluman.

lots of love ♥ byekinjamal
thanks for reading!
PERHATIAN :
Sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali.

3 comments:

  1. nak email kat ekin dulu boleh tak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. eh..salah tengok tarikh pulak...boleh try ni...tq Ekin

    ReplyDelete